Mukaddimah (karya)

Mukaddimah (Arab: مقدّمة ابن خلدون, juga dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun ("Kata Pendahuluan Ibnu Khaldun"), atau Prolegomena (Yunani: Προλεγόμενα), ialah kitab yang dihasilkan Ibnu Khaldun (nama penuh, Abu Zayd Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami), seorang sejarawan Muslim keturunan Al-Andalus yang dilahirkan di Tunis, Maghreb. Ia ialah buku yang mencatatkan pandangan awal berkaitan sejarah sejagat dan ditulis dalam tahun 1377 M. Beberapa pemikir moden menganggapnya sebagai karya pertama yang mengkaji falsafah sejarah,[1] atau sains sosial,[2] [1][3][4][5] demografi,[3] pensejarahan[4][6] atau sejarah kebudayaan,[7][8] dan ekonomi.[9][10] Mukaddimah juga membincangkan teologi Islam, teori politik dan sains tabii biologi dan kimia. Ibnu Khaldun menulis karya ini pada tahun 1377 M sebagai kata pengantar atau buku pertama karya sejarah dunia yang dirancangnya, Kitab al-Ibar (tajuk penuh: Kitabu l-ibar wa Diwanu l-Mubtada' wa l-Habar fi tarikhi l-arab wa l-Barbar wa man Asarahum min Dawi Ash-Sha'n l-Akbar, "Buku Pengajaran, Catatan Permulaan dan Kejadian dalam sejarah Arab dan Berber dan Bangsa Gagah yang Hidup Sezaman dengan Mereka"), tetapi sudah menjadi karya tersendiri semasa hayatnya.